Pwinses Pewasan

Pwinses Pewasan

Oct 27, 2013

Suami, Isteri dan Order.

Hai.

Beberapa hari lepas Sara dengan Encik Suami keluar dating. Niatnya nak beli barang sikit, tapi biasalah, makwe pakwe kalau keluar mestilah nak singgah makan kan kan. Memandangkan pasaraya Giant cuma ada kedai mamak dan food court, kami pilih makan di food court. Dari zaman bercinta memang Aidil akan belikan makanan dan minuman kalau kami makan di food court. Dah memang tugas dari dulu untuk control ayu dan cover cun kat table sorang sorang. Hihik.

Sementara tunggu Encik Suami sampai, ada pasangan suami dan isteri datang duduk table sebelah. Letak saja bag dan plastik, si isteri terus berpusing pusing food court tu nak beli makanan dan minuman. Si suami duduk menjaga tempat. Si isteri beli air, letak di meja, pergi lagi beli makanan si suami kemudian patah balik ke meja. Dalam hati Sara, bagusnya si isteri mendahulukan suaminya walaupun sedang mengandung. Suami dia duduk je. Kesian Aidil dapat isteri macam Sara, sepatutnya Sara yang layan suami macam tu. Sara rasa serba salah sangat Aidil yang bawakan makanan dan minuman.

Aidil pun sampai dengan makanan dan minuman. Bila si isteri tadi ulang alik tepi meja, Aidil kata ;
  "Lelaki jenis apa laa.. sepatutnya isteri yang duduk tunggu awak belikan makanan. Ini terbalik, tak kesian ke kat isteri tu?"

Ter'zigzaqsnap' sekejap Sara.

Syukur Alhamdulillah Sara dikurniakan Ai'dil Mahumdin.



Sesi memuji suami sendiri,
Mysara 


Sep 22, 2013

Kita ni Blogger tak Jadi.

Hai.

Seronok betul baca blog blog orang. Cerita tentang pengalaman, pengetahuan, gossip hiburan gossip mak kiah dan gossip kak bedah. Ada saja idea nak menulis. Idea tu satu hal, nak mentransform dari idea ke penulisan ni bukannya senang (untuk orang tak power macam hakak ni haa..).

Dah kalau nama pun blogger tak jadi kan, banyak benda nak ditulis tapi tak reti. Heh. Padahal sebelum ni bukan main rajin menulis. Merepek la sebenarnya. Mungkin ini semua  faktor usia. Ihiks. Sara teringin nak share pengalaman Sara (yela.. i ni kategori hakak hakak dah..). Tapi tak layak lagi nak kata "aku lagi banyak makan garam dari engko tahu". Terus macam ter-berhenti niat untuk teruskan gaya penulisan ke-hakak-hakak-kan tu. Hahaha.

Tapi sedap la jugak jalan jalan tengok blog orang, banyak pengetahuan sebenarnya. Orang melancong, kita pun ikut melancong. Orang buat kek, kita pun ikut buat kek. Macam-macam lagi lah. Walaupun secara virtual kennn. Rasa la sikit.

Tapi kalau boleh Sara bawa awak semua masuk otak Sara ni, hah, baru awak tahu betapa penuh dengan segala benda yang Sara nak share dengan awak. Benda best, benda tak best, benda baeeiikk punya (eh?) dan semua bendalah. Tapi itulah, masalahnya Sara tak reti nak transform benda benda tu jadi penulisan.

Ahahahaha...


Mysara :)

Sep 14, 2013

Adil

Tadi, ada 1 keluarga makan kat kedai. Anak pakcik tu 2 orang perempuan lembam, seorang anak lelaki hyper active dan seorang anak lelaki umur lebih kurang setahun. Bayangkan macam mana nak control anak anak dia time makan. Makan terabur macam mana pun mak dia tak marah pun. Ambillah apa saje kat dalam kedai, ayah dia bayar je.

Tapi dalam kelam kabut berkejar sana sini, dia orang tetap happy satu family.

Sara selalu intai Instagram VIP, VVIP, artis, anak dato, anak raja. Tengok kehidupan dia orang, cara berbelanja, aktiviti kegemaran dia orang. Lepas tu Sara mula bisik dengan hati sendiri. Bestnya jadi dia orang. Bestnya kalau aku kat tempat dia orang. Best serba serbi bagi Sara.

Mungkin kadang-kadang kita selalu persoalankan jalan kehidupan yang Dia tuliskan untuk kita. Kalaulah aku kaya. Kalaulah aku ada ini, itu. Kalaulah aku jadi dia. Sampai kita lupa bersyukur dengan apa yang kita ada.

Bila tengok keadaan keluarga tadi, buat Sara terfikir. "Apa lagi yang aku mahu? Aku sihat tubuh badan. Aku ada keluarga yang penyayang. Aku ada suami yang pentingkan aku setiap masa. Apa lagi yang aku mahu?"

Kadang kadang kita kena selalu tengok ke bawah barulah kita akan sedar betapa bertuahnya kita berada ditempat yang telah disusun Dia untuk kita.

Kerana..

ALLAH itu Maha Adil.



Mysara


Aug 27, 2013

Biarkan.

Biar apa orang kata
Yang penting kita tetap kita
Bukan dia atau sesiapa
Yang tahunya hanya mengata.

Love
Sara ♥

Aug 24, 2013

Mana?

Hai.

* tengok kiri *
* tengok kanan *
* tengok atas *
* tengok bawah *

Amboiii... gemok gemok sangat ni awak nak pergi mana Sara?

Love
Sara <3 p="">

Aug 23, 2013

Hari Sayang Sayang

Assalamualaikum...

Ihiks... 
Hari ni hati berbunga je. 
Rasa macam nak sayang semua orang. 
Kan bagus kalau macam ni setiap hari.
Jom sayang menyayang.

Love
Sara <3>


Aug 21, 2013

Gu gu Cak!

Hai.

Lama tinggal blog. Dah start kerja sendiri tak sempat2 nak buka blog2 ni.
Faktor usia mungkin. ahahaha. Banyak betul isu 2 3 hari ni. Isu yang banyak buat orang bergaduh pun ye juga. Ah.. Orang Malaysia memang suka bergaduh. Bergaduh kat facebook je la.. Jumpa depan2 ok ok je.. Ahahaha..

Ahh sudah..Tak tahu nak tulis apa lagi..Anggap macam orientasi balik la kan. Sebab macam rindu la nak menulis balik. Membebel merepek sendiri macam orang baca. 

Ok Ok..tataa..

♥ Sara