Pwinses Pewasan

Pwinses Pewasan

Sep 22, 2013

Kita ni Blogger tak Jadi.

Hai.

Seronok betul baca blog blog orang. Cerita tentang pengalaman, pengetahuan, gossip hiburan gossip mak kiah dan gossip kak bedah. Ada saja idea nak menulis. Idea tu satu hal, nak mentransform dari idea ke penulisan ni bukannya senang (untuk orang tak power macam hakak ni haa..).

Dah kalau nama pun blogger tak jadi kan, banyak benda nak ditulis tapi tak reti. Heh. Padahal sebelum ni bukan main rajin menulis. Merepek la sebenarnya. Mungkin ini semua  faktor usia. Ihiks. Sara teringin nak share pengalaman Sara (yela.. i ni kategori hakak hakak dah..). Tapi tak layak lagi nak kata "aku lagi banyak makan garam dari engko tahu". Terus macam ter-berhenti niat untuk teruskan gaya penulisan ke-hakak-hakak-kan tu. Hahaha.

Tapi sedap la jugak jalan jalan tengok blog orang, banyak pengetahuan sebenarnya. Orang melancong, kita pun ikut melancong. Orang buat kek, kita pun ikut buat kek. Macam-macam lagi lah. Walaupun secara virtual kennn. Rasa la sikit.

Tapi kalau boleh Sara bawa awak semua masuk otak Sara ni, hah, baru awak tahu betapa penuh dengan segala benda yang Sara nak share dengan awak. Benda best, benda tak best, benda baeeiikk punya (eh?) dan semua bendalah. Tapi itulah, masalahnya Sara tak reti nak transform benda benda tu jadi penulisan.

Ahahahaha...


Mysara :)

Sep 14, 2013

Adil

Tadi, ada 1 keluarga makan kat kedai. Anak pakcik tu 2 orang perempuan lembam, seorang anak lelaki hyper active dan seorang anak lelaki umur lebih kurang setahun. Bayangkan macam mana nak control anak anak dia time makan. Makan terabur macam mana pun mak dia tak marah pun. Ambillah apa saje kat dalam kedai, ayah dia bayar je.

Tapi dalam kelam kabut berkejar sana sini, dia orang tetap happy satu family.

Sara selalu intai Instagram VIP, VVIP, artis, anak dato, anak raja. Tengok kehidupan dia orang, cara berbelanja, aktiviti kegemaran dia orang. Lepas tu Sara mula bisik dengan hati sendiri. Bestnya jadi dia orang. Bestnya kalau aku kat tempat dia orang. Best serba serbi bagi Sara.

Mungkin kadang-kadang kita selalu persoalankan jalan kehidupan yang Dia tuliskan untuk kita. Kalaulah aku kaya. Kalaulah aku ada ini, itu. Kalaulah aku jadi dia. Sampai kita lupa bersyukur dengan apa yang kita ada.

Bila tengok keadaan keluarga tadi, buat Sara terfikir. "Apa lagi yang aku mahu? Aku sihat tubuh badan. Aku ada keluarga yang penyayang. Aku ada suami yang pentingkan aku setiap masa. Apa lagi yang aku mahu?"

Kadang kadang kita kena selalu tengok ke bawah barulah kita akan sedar betapa bertuahnya kita berada ditempat yang telah disusun Dia untuk kita.

Kerana..

ALLAH itu Maha Adil.



Mysara