Pwinses Pewasan

Pwinses Pewasan

Aug 28, 2014

Edilra Trippin`

Hai!

  Lately penat sangat bekerja, kiranya bekerja sepenuh jiwa dan raga. Gaji  yang diperolehi adalah 200% halal (nak jugak letak 200% - *sepak Sara*) sebab buat kerja takde main main, takde ngulor, takde fb, takde instagram. Takde takde semua yang melalaikan itu. *bangga*. Bekerja sendiri memang banyak dugaan. Ada pekerja ke takde pekerja ke, kita kena buka kedai. Tak kerja maksudnya takde pengaliran masuk wang. Camtu! Dua tiga hari ni pekerja buat perangai, berhenti la, lari la, jadi berlaku la kekurangan kakitangan. Penat! 

  Bayangkan... chop.. Tak payah bayangkan.. Dengan bayangan pun dah boleh memenatkan minda. Over! Jadi bila dah bekerja secara total ni, biasanya Sara dan Encik Suami akan berjalan jalan untuk refresh minda. Tak kira lah, dalam negara, luar negara, dekat, atau jauh. Biasanya trip kami ambil 3 hari 2 malam, itupun dah dikira lama sebab tak boleh tutup kedai lama lama. Banyak lagi tempat yang kami nak pergi tapi terbatas dengan kerja. 

  Bila nak pergi berjalan ni, biasanya Encik Suami yang uruskan semua. Dari transport, transfer, hotel, aktiviti, makan, dan lain lain. Ehh.. Sara pun tak goyang kaki tau, Sara yang uruskan bahagian shopping tau. Ngeh ngeh.. Bukan apa, Encik Suami seorang Mr. Perfectionistsm (apa tu?) hahaha. Dia paling pentingkan keselesaan dan kekenyangan perut kalau nak bercuti ni. 180darjah beza dengan Sara yang jenis, hadap je apa yang mendatang. Adventure apa? Makan maggie pun maggie lah. Tapi yang seronok bila bercuti dengan orang pesen Encik Suami adalah, semua dah tersedia. Kita tak payah fikir banyak, siapkan diri dengan kamera je. Time makan kita makan, time jalan kita jalan, makanya time shopping kita shopping. Ahahaha!

  Ok, bila bila nanti bolehlah Sara share sikit sikit tempat yang Sara pernah pergi. Biasanya tempat yang rileks, dan penuh dengan makanan. Hahaha!

Kuta Beach, Bali, Indonesia

Pines Resort, Cameron Highland, Pahang

Pulau Pangkor, Perak


Mysara.




Aug 24, 2014

Anyonyonyo! Pakwe kelakar omey omey.

Hai!

"Penyakit nak menulis mula datang balik."

Jeng jeng jeng......
 
Bukan apa, Sara ada terbaca status kawan sorang ni kat face-book, dia macam meluahkan rasa ketidakpuashatian (fuhh..) dia sebab makwe dia tinggalkan dia. Dia sibuk cari apa kekurangan dia sampai makwe dia tinggal dia dan couple dengan lelaki yang rupa satu level bawah rupa paras dia. Ecewah.. Handsome naa la engko tu.. Hahaha...

Perempuan ni sebenarnya suka lelaki kelakar. Tak payah handsome pun takpe, tak payah kaya pun takpe. Yang penting menyenangkan dan menggembirakan dan membahagiakan dan mem... ok... melampaui-batasan-nampaknya. Hahaha.. Dan kelakar itu satu point yang mana boleh kalahkan point rupa paras yang ala ala Pilot Rindu Awak 200% tu.. Eh! tak tak... Zill Faezrul tu Mr Perfect kottttt... Handsome, kelakar, sado... haih.. *mata kelip kelip* 

OK SUDAH!

Kelakar tu sebenarnya subjektif :
- Kelakar comel
- Kelakar gila
- Kelakar lah tu?

Siap buat point bagai.. Awak jawab exam ke Sara? 

1) Kelakar yang comel

Lelaki pesen pesen macam ni memang digemari makwe. Jenis yang kelakar tak buat buat tapi takde lah sampai 24 jam buat lawak. Dan lawak tu takde la sampai kena buat makwe cun bibir merah sampai mengakak ketawa. acah acah sikit pun dah boleh buat makwe cakap "anyonyonyo..."  Ada sense of humor camtu.. Biasanya pakwe kelakar ni menyenangkan, gentleman, jarang moody dan pandai ambil hati ikut situasi (ada jenis camni, tapi susaaaah nak jumpaaa) hahaha..

Awak tengah stress kerja melambak, tak pun bulan mengambang tetiba pakwe awak send wassap lawak cecomel, anyonyonyooo.. ape tak bahagia?? Senyum sorang sorang. Senaman pipi.. Mihihi.. Ini tak, makwe tengah stress pasal politik ofis, awak sebagai pakwe yang-amat-memahami pun sama ikut stress. Dah jadi stress kuasa dua awaaaakkk...

2) Kelakar gila gila
Pesen yang kelakar gila gila ni pesen suka buat lawak setiap masa. Semua benda nak buat lawak, makwe suka tapi tak suka sangat.. Sebab apa? Kalau dah setiap masa buat lawak confirm ah makwe tu pun jadi modal lawak.. Makwe tak suka dijadikan modal atau bahan lawak yeeee pakwe pakwe.. Kelakar kelakar jugak tapi kena ikut situasi.. 

3) Kelakarlah tu?
Sara pernah ada bekas-bakal-pakwe (ye laa sebab tak sempat jadi pakwe kan..) pesen macam ni. Perangai nak buat lawak tapi lawak lawak bodoh yang kebanyakkannya menyakitkan hati. Cerita cerita cerita tapi semua macam, 'kelakar sangat laa tu?" Tapi tu lah, at least dia usaha la nak jadi pakwe yang kelakar acah acah comel. Maaf, anda gagal. Hahaha!

Well, makwe sememangnya seorang susah difahami. Complicated katanya. Tapi makwe biasanya hanya nak diberi perhatian dan rasa diri penting. Pakwe kalau boleh buat makwe senyum or gelak je sepanjang dating, memang mengundang kasih sayang berpanjangan ke anak cucu cicit gitu.. Tapi kalau awak sibuk main HayDay masa dating, "heyyy... u can go go go there!"

Ini kajian berdasarkan pengalaman Sara sebagai seorang makwe comel (tapi Sara mudah terhibur... dan Encik Suami lak pesen acah acah lawak.. cesss..). Korang Sara taktahu..Dah jangan bantah!

HAHAHAHAHA..

Pakwe paling kelakor di abad ini.