Pwinses Pewasan

Pwinses Pewasan

Sep 27, 2014

Benda baik

Hai! 

Benda baik, tak elok kalau kita lambat-lambatkan. Contohnya, bila hujan lebat di malam hari, adalah sangat molek untuk kita tido! Hahahaha! Siapa suka tido waktu hujan? Baik ngaku! (Ok! Angkat tangan!) 

Sara paling suka tido waktu hujan. Sebab Sara kalah dengar bunyi hujan tiktiktiktik kat lantai dan tiktiktiktik atas bumbung. Nak paling best sekali kalau berbumbung zink.. Syahdu jeeeeee.. Kalau balik kampung paling heaven sebab ada bahagian rumah berbumbung zink.

Lagi satu Sara paling suka kalau hujan masa Sara dalam kereta. Memang selamat malam la jadinya.. Rasa macam tak sabar sabar nak tido bila tahu hari nak hujan.. Hahaha! 

Okbai! 
Mysara

Sep 24, 2014

Marah tapi sayang

Hai! 

Bengang bengang bengang! 

Amboiii mukadimah.. Ini namanya penulisan negatif (oh no.. Tak bagus adik adik..). Pernah tak korang marah sangat tapi macam tak marah sangat? Haaa.. Faham ke tidak? Ok macam ni, korang marah sangat dengan seseorang, tapi bila orang tu depan depan korang, langsung korang layan dia macam tak pernah jadi apa apa. Haaa.. Pernah ke tidak? 

Sara gaduh dengan Encik Suami tadi. (Oh nooo.. Masalah suami isteri simpan pleaseee..) Sebab? Alaa.. Sebab bila Sara cakap dia buat muka annoying. So Sara bengang. Bila dah bengang mula lah nak ungkit balik semua semua semua hal. Dari yang ada sampai yang tak ada sampai yang tak ada pun diada-adakan untuk menyedapkan pergaduhan (ewahh.. Macam bertumbuk je..). 

Jadi Sara pun buat cerita sedih. "Leave me alone" "i hetchu" bagai.. Kah! Pastu mogok taknak cakap. (Well, perempuan is olways like that.. Why laaaa??). Sara pun membawa diri hati yang duka lara dek "muka annoying" mamat tu. Takdelaaaa mengharapkan pujuk (yee ke?) tapi macam tu laa adat husband n wife kena bagi cool dulu.

Lepas sejam diabaikan (mengabaikan diri sendiri padahal!), Encik Suami tanya Sara pasal kedai. Sara pun jawab macam tak pernah merajuk ni. Macam tak pernah bertumbuk eh.. eh.. memang tak pernah, macam tak bergaduh langsung. Lepas tu Sara macam berhenti kejap then baru perasan Sara kan tengah mogok taknak cakap ngan Encik Suami. 

Bleerrrgghhhh!

Marah tapi sayang! 

Ps : padahal diri sendiri yang sentap, merajuk lebih lebih.. Hahaha.. Ouh.. PMS ni merbahaya betul!  Hahaha.. 


Konvo tahun 2007. Ye, kami sama kolej! 

Duu,
Mysara 

Sep 19, 2014

Buang.

Hi!

Perasan tak, setiap hari bila scroll face-book, penuh dengan gambar gambar anak tak bersalah dibuang merata-rata. Bayangkan, pagi pagi seronok seronok nak scroll timeline ternampak gambar anak kecil terlepet atas batu.

Terlepet.

Apa perasaan seorang yang bernama manusia tu? Sanggup dia buang anak kecil yang satu apa pun tak tahu? Nak minum susu pun kena suakan ke mulut dia. 

Ya Allah.. Keras mana hati manusia tu? Batu? Besi? Sakitnya hati ni.




Mysara yang sedang bersedih. 

Aug 28, 2014

Edilra Trippin`

Hai!

  Lately penat sangat bekerja, kiranya bekerja sepenuh jiwa dan raga. Gaji  yang diperolehi adalah 200% halal (nak jugak letak 200% - *sepak Sara*) sebab buat kerja takde main main, takde ngulor, takde fb, takde instagram. Takde takde semua yang melalaikan itu. *bangga*. Bekerja sendiri memang banyak dugaan. Ada pekerja ke takde pekerja ke, kita kena buka kedai. Tak kerja maksudnya takde pengaliran masuk wang. Camtu! Dua tiga hari ni pekerja buat perangai, berhenti la, lari la, jadi berlaku la kekurangan kakitangan. Penat! 

  Bayangkan... chop.. Tak payah bayangkan.. Dengan bayangan pun dah boleh memenatkan minda. Over! Jadi bila dah bekerja secara total ni, biasanya Sara dan Encik Suami akan berjalan jalan untuk refresh minda. Tak kira lah, dalam negara, luar negara, dekat, atau jauh. Biasanya trip kami ambil 3 hari 2 malam, itupun dah dikira lama sebab tak boleh tutup kedai lama lama. Banyak lagi tempat yang kami nak pergi tapi terbatas dengan kerja. 

  Bila nak pergi berjalan ni, biasanya Encik Suami yang uruskan semua. Dari transport, transfer, hotel, aktiviti, makan, dan lain lain. Ehh.. Sara pun tak goyang kaki tau, Sara yang uruskan bahagian shopping tau. Ngeh ngeh.. Bukan apa, Encik Suami seorang Mr. Perfectionistsm (apa tu?) hahaha. Dia paling pentingkan keselesaan dan kekenyangan perut kalau nak bercuti ni. 180darjah beza dengan Sara yang jenis, hadap je apa yang mendatang. Adventure apa? Makan maggie pun maggie lah. Tapi yang seronok bila bercuti dengan orang pesen Encik Suami adalah, semua dah tersedia. Kita tak payah fikir banyak, siapkan diri dengan kamera je. Time makan kita makan, time jalan kita jalan, makanya time shopping kita shopping. Ahahaha!

  Ok, bila bila nanti bolehlah Sara share sikit sikit tempat yang Sara pernah pergi. Biasanya tempat yang rileks, dan penuh dengan makanan. Hahaha!

Kuta Beach, Bali, Indonesia

Pines Resort, Cameron Highland, Pahang

Pulau Pangkor, Perak


Mysara.




Aug 24, 2014

Anyonyonyo! Pakwe kelakar omey omey.

Hai!

"Penyakit nak menulis mula datang balik."

Jeng jeng jeng......
 
Bukan apa, Sara ada terbaca status kawan sorang ni kat face-book, dia macam meluahkan rasa ketidakpuashatian (fuhh..) dia sebab makwe dia tinggalkan dia. Dia sibuk cari apa kekurangan dia sampai makwe dia tinggal dia dan couple dengan lelaki yang rupa satu level bawah rupa paras dia. Ecewah.. Handsome naa la engko tu.. Hahaha...

Perempuan ni sebenarnya suka lelaki kelakar. Tak payah handsome pun takpe, tak payah kaya pun takpe. Yang penting menyenangkan dan menggembirakan dan membahagiakan dan mem... ok... melampaui-batasan-nampaknya. Hahaha.. Dan kelakar itu satu point yang mana boleh kalahkan point rupa paras yang ala ala Pilot Rindu Awak 200% tu.. Eh! tak tak... Zill Faezrul tu Mr Perfect kottttt... Handsome, kelakar, sado... haih.. *mata kelip kelip* 

OK SUDAH!

Kelakar tu sebenarnya subjektif :
- Kelakar comel
- Kelakar gila
- Kelakar lah tu?

Siap buat point bagai.. Awak jawab exam ke Sara? 

1) Kelakar yang comel

Lelaki pesen pesen macam ni memang digemari makwe. Jenis yang kelakar tak buat buat tapi takde lah sampai 24 jam buat lawak. Dan lawak tu takde la sampai kena buat makwe cun bibir merah sampai mengakak ketawa. acah acah sikit pun dah boleh buat makwe cakap "anyonyonyo..."  Ada sense of humor camtu.. Biasanya pakwe kelakar ni menyenangkan, gentleman, jarang moody dan pandai ambil hati ikut situasi (ada jenis camni, tapi susaaaah nak jumpaaa) hahaha..

Awak tengah stress kerja melambak, tak pun bulan mengambang tetiba pakwe awak send wassap lawak cecomel, anyonyonyooo.. ape tak bahagia?? Senyum sorang sorang. Senaman pipi.. Mihihi.. Ini tak, makwe tengah stress pasal politik ofis, awak sebagai pakwe yang-amat-memahami pun sama ikut stress. Dah jadi stress kuasa dua awaaaakkk...

2) Kelakar gila gila
Pesen yang kelakar gila gila ni pesen suka buat lawak setiap masa. Semua benda nak buat lawak, makwe suka tapi tak suka sangat.. Sebab apa? Kalau dah setiap masa buat lawak confirm ah makwe tu pun jadi modal lawak.. Makwe tak suka dijadikan modal atau bahan lawak yeeee pakwe pakwe.. Kelakar kelakar jugak tapi kena ikut situasi.. 

3) Kelakarlah tu?
Sara pernah ada bekas-bakal-pakwe (ye laa sebab tak sempat jadi pakwe kan..) pesen macam ni. Perangai nak buat lawak tapi lawak lawak bodoh yang kebanyakkannya menyakitkan hati. Cerita cerita cerita tapi semua macam, 'kelakar sangat laa tu?" Tapi tu lah, at least dia usaha la nak jadi pakwe yang kelakar acah acah comel. Maaf, anda gagal. Hahaha!

Well, makwe sememangnya seorang susah difahami. Complicated katanya. Tapi makwe biasanya hanya nak diberi perhatian dan rasa diri penting. Pakwe kalau boleh buat makwe senyum or gelak je sepanjang dating, memang mengundang kasih sayang berpanjangan ke anak cucu cicit gitu.. Tapi kalau awak sibuk main HayDay masa dating, "heyyy... u can go go go there!"

Ini kajian berdasarkan pengalaman Sara sebagai seorang makwe comel (tapi Sara mudah terhibur... dan Encik Suami lak pesen acah acah lawak.. cesss..). Korang Sara taktahu..Dah jangan bantah!

HAHAHAHAHA..

Pakwe paling kelakor di abad ini.

Jan 6, 2014

Tudung-ception

Adam : Oleh kerana B baik hati hari ni, Baby pilihlah tudung apa pun. B belanja. Minimum .....
Medina : Minimum 4! yess yess yess! (Tepuk tepuk tangan)

Adam : B tak cakap pun lagi. Mana boleh macam tu!
Medina : eleh.. Setakat satu tudung size L dekat Butik Atikah tu RM16 je pun. Ape la sangat. Ini kan pulak kalau tudung size M, mesti lagi murah. Yadda yadda yadda.

Adam : dan kenapa beli tudung size M? (Jeling Medina)
Medina : errr.. Heeee.. Maksud Baby harga dia tu.. Murah murah..

Adam : Ok. Beli tudung size XXL. Dapat tudung mahal.

Hek eleh..


❤️
Mysara

Rambut dia

Adam : Cepatlah siap, kata nak keluar!
Medina : Boleh. Peluk dulu.

Adam datang nak peluk.
Medina terus usap rambut Adam.

Adam : Alaaaaaaaaaaa!!!! Baby!!!!
Medina : Kenapa? Rambut belum setting kot! Kan baru lepas solat!!
Adam : A'aa laa.. I lupa. (terkebil kebil muka tak bersalah)
Medina : Ahahahahahaha! (Baling bantal ke muka Adam.)


Adam ada satu penyakit.

Rambut.

Jangan sekali kali pegang rambut dia. Boleh bawa bergaduh, bawa bertinju, bawa bertendang (eh ada ke bertendang?) boleh bawa macam macam la.

❤️
Mysara