Pwinses Pewasan

Pwinses Pewasan

Aug 28, 2014

Edilra Trippin`

Hai!

  Lately penat sangat bekerja, kiranya bekerja sepenuh jiwa dan raga. Gaji  yang diperolehi adalah 200% halal (nak jugak letak 200% - *sepak Sara*) sebab buat kerja takde main main, takde ngulor, takde fb, takde instagram. Takde takde semua yang melalaikan itu. *bangga*. Bekerja sendiri memang banyak dugaan. Ada pekerja ke takde pekerja ke, kita kena buka kedai. Tak kerja maksudnya takde pengaliran masuk wang. Camtu! Dua tiga hari ni pekerja buat perangai, berhenti la, lari la, jadi berlaku la kekurangan kakitangan. Penat! 

  Bayangkan... chop.. Tak payah bayangkan.. Dengan bayangan pun dah boleh memenatkan minda. Over! Jadi bila dah bekerja secara total ni, biasanya Sara dan Encik Suami akan berjalan jalan untuk refresh minda. Tak kira lah, dalam negara, luar negara, dekat, atau jauh. Biasanya trip kami ambil 3 hari 2 malam, itupun dah dikira lama sebab tak boleh tutup kedai lama lama. Banyak lagi tempat yang kami nak pergi tapi terbatas dengan kerja. 

  Bila nak pergi berjalan ni, biasanya Encik Suami yang uruskan semua. Dari transport, transfer, hotel, aktiviti, makan, dan lain lain. Ehh.. Sara pun tak goyang kaki tau, Sara yang uruskan bahagian shopping tau. Ngeh ngeh.. Bukan apa, Encik Suami seorang Mr. Perfectionistsm (apa tu?) hahaha. Dia paling pentingkan keselesaan dan kekenyangan perut kalau nak bercuti ni. 180darjah beza dengan Sara yang jenis, hadap je apa yang mendatang. Adventure apa? Makan maggie pun maggie lah. Tapi yang seronok bila bercuti dengan orang pesen Encik Suami adalah, semua dah tersedia. Kita tak payah fikir banyak, siapkan diri dengan kamera je. Time makan kita makan, time jalan kita jalan, makanya time shopping kita shopping. Ahahaha!

  Ok, bila bila nanti bolehlah Sara share sikit sikit tempat yang Sara pernah pergi. Biasanya tempat yang rileks, dan penuh dengan makanan. Hahaha!

Kuta Beach, Bali, Indonesia

Pines Resort, Cameron Highland, Pahang

Pulau Pangkor, Perak


Mysara.




No comments:

Post a Comment

Awak betul ke nak komen ni? Ehhh... Sebenarnya, kita suka!